KUBE DIGITAL SERVICES · KT0614024-H
Terma Perkhidmatan
Versi 25 September 2026
Terma ini menerangkan skop pakej pelancaran kedai e-dagang yang dibeli melalui laman Kube Digital. Sila baca sebelum menempah.
1. Perkhidmatan yang termasuk
- Satu templat e-dagang yang disesuaikan untuk perniagaan anda, termasuk kod sumber laman web atau codebase templat tersebut.
- Satu pelancaran laman ke hosting Cloudflare pada pelan percuma yang tersedia.
- Satu pelancaran pangkalan data di Supabase.
- Satu domain
.comuntuk tahun pertama, tertakluk pada ketersediaan nama pilihan. - Satu bulan sokongan laman web selepas serahan akhir, dengan liputan 8 jam sehari dan 5 hari seminggu.
- Tiga permintaan perubahan kecil pada teks, imej, warna atau butiran susun atur yang dipersetujui dalam skop projek.
Proses pelaksanaan turut merangkumi sesi memahami perniagaan, bimbingan persediaan akaun bayaran, demo, latihan penggunaan dan serahan akhir seperti diterangkan pada halaman utama.
2. Kod dan enjin proprietari
Kod sumber templat laman web termasuk dalam serahan. Kod sumber enjin backend e-dagang kurasi Kube Digital ialah milik proprietari Kube Digital dan tidak termasuk dalam pembelian atau serahan kod. Kedai yang dilancarkan menggunakan integrasi enjin yang disediakan untuk operasi kedai tersebut. Sebarang penyerahan kod enjin atau penyesuaian Enterprise memerlukan persetujuan bertulis berasingan.
3. Pelaksanaan dan bahan pelanggan
Pelan kerja tujuh hari bermula selepas sesi awal dan selepas maklumat produk, aset jenama serta akses akaun yang diperlukan diterima. Pelanggan bertanggungjawab memastikan bahan produk yang diberikan adalah tepat dan mempunyai hak untuk digunakan. Kelulusan akaun bayaran, pendaftaran domain dan ketersediaan pelan percuma bergantung pada penyedia masing-masing.
4. Harga, bayaran dan kos pihak ketiga
Harga sekali bayar yang terpakai dipaparkan pada langkah semakan sebelum tempahan. Invois dihantar selepas bil disediakan dan resit dihantar selepas bayaran disahkan. Fi transaksi gerbang, naik taraf perkhidmatan pihak ketiga, serta pembaharuan domain selepas tahun pertama tidak termasuk melainkan dinyatakan secara bertulis dalam tawaran. Sebarang perubahan skop yang melangkaui tiga perubahan kecil atau menambah fungsi baharu akan dibincangkan dan dipersetujui sebelum kerja tambahan diteruskan.
5. Sokongan dan serahan
Tempoh sokongan sebulan bermula pada tarikh serahan akhir. Sokongan meliputi bantuan penggunaan serta isu pada laman yang dilancarkan dalam skop pakej, pada jadual 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Permintaan fungsi baharu, reka bentuk semula menyeluruh dan kos perkhidmatan pihak ketiga berada di luar sokongan ini.
6. Hubungi kami
Untuk pertanyaan tentang skop, perubahan atau pembatalan, hubungi support@kubedigital.my. Hak pelanggan yang diberikan oleh undang-undang terpakai kekal terpelihara.
Kube Digital Services (KT0614024-H)Suite 3-23A, Tower C, Kenwingston Business Centre
Persiaran Multimedia, Cyber 9
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
