Penat jawab “PM harga” satu demi satu?
Kuih, frozen food, pakaian atau produk kecantikan — pelanggan lihat katalog, pilih dan bayar sendiri. Anda hanya terima pesanan dan pos.
Sesuai: Laman Web + e-Dagang
Untuk PKS, freelancer dan peniaga dari rumah. Kami bina laman web profesional dengan domain .com sendiri, dan tambah katalog, troli serta bayaran dalam talian jika anda menjual produk — siap dalam tujuh hari.

UNTUK SIAPA
Kuih, frozen food, pakaian atau produk kecantikan — pelanggan lihat katalog, pilih dan bayar sendiri. Anda hanya terima pesanan dan pos.
Sesuai: Laman Web + e-Dagang
Domain .com dengan nama perniagaan anda sendiri, maklumat syarikat yang jelas dan saluran jualan yang anda miliki — bukan dikawal oleh platform.
Sesuai: Mana-mana pakej
Jurugambar, jurusolek, tutor, pereka atau kontraktor — tunjukkan portfolio, senarai servis dan harga, dengan butang WhatsApp dan borang pertanyaan.
Sesuai: Laman Web Perniagaan
PILIHAN E-DAGANG
Pilih pakej Laman Web + e-Dagang dan pelanggan boleh melihat, memilih dan membayar terus di laman anda. Ikuti perjalanan mereka, kemudian lihat bagaimana anda menerima pesanannya.
Pelanggan masuk ke kedai berjenama anda, meneliti kategori dan melihat pilihan produk tanpa perlu bertanya satu demi satu.
Katalog Pilihan produkGambar, penerangan dan pilihan produk berada di satu tempat. Pelanggan membuat keputusan sebelum menambahnya ke troli.
Halaman produk TroliPelanggan menyemak troli dan penghantaran, kemudian membuat bayaran secara dalam talian. Setelah disahkan, pesanan direkodkan dalam sistem.
Troli BayaranSelepas bayaran disahkan, butiran pesanan tersedia dalam sistem. Anda boleh menyemak item, pelanggan dan status sebelum menyediakan penghantaran.
Bayaran disahkan Urus pesananVisual dan harga produk ialah contoh. Reka bentuk akhir disesuaikan dengan jenama dan katalog anda.
CONTOH REKA BENTUK
Tiga contoh daripada lapan templat kami. Arah visual ini akan disesuaikan dengan jenama dan katalog anda.

Fotografi produk dan suasana warisan untuk makanan serta hadiah.

Ruang lapang untuk koleksi dan gaya fesyen anda.

Susun atur bersih yang menonjolkan butiran produk.
Makanan, fesyen, kecantikan dan banyak lagi. Kedai akhir akan dibentuk mengikut jenama serta katalog anda.
Pilih satu arah visual. Kami akan sesuaikannya dengan produk anda.
Tempah SekarangDARI PERANCANGAN KE SERAHAN
Kami bantu membuat keputusan, membina laman anda dan menemani anda sehingga serahan. Pelan bermula selepas maklumat perniagaan dan akses akaun lengkap.
Kenali perniagaan anda
Kami fahami produk atau servis, pelanggan sasaran dan matlamat pelancaran anda.
Kami kumpulkan maklumat jenama, produk atau servis serta nama domain .com pilihan anda. Untuk pakej e-dagang, kami bimbing persediaan akaun pembayaran dan penghantaran.
Kami sesuaikan reka bentuk dan tunjukkan demo yang boleh dicuba sebelum pelancaran. Tidak berpuas hati dengan demo? Bayaran dipulangkan sepenuhnya.
Kami siapkan perubahan yang dipersetujui, sambungkan domain .com (dan aliran jualan untuk e-dagang), lalu lancarkan laman anda.
Kami semak laman yang telah dilancarkan, latih anda mengurusnya dan tutup projek dengan serahan akhir.
PAKEJ PELANCARAN ANDA
Bayaran sekali untuk projek lengkap — tiada yuran pembangunan bulanan dan tiada komisen atas setiap jualan anda. Harga perintis untuk 10 pelanggan pertama.
Promosi tidak akan kekal lama — daftar sekarang!
Untuk freelancer, servis dan perniagaan yang mahu dikenali dan dihubungi dalam talian.
Mulai tahun kedua: RM199 setahun untuk pembaharuan domain .com, hosting dan kemas kini keselamatan.
Untuk peniaga dari rumah dan kedai yang menjual produk dan mahu terima bayaran terus.
Mulai tahun kedua: RM399 setahun untuk domain .com, operasi enjin dan hosting, kemas kini keselamatan serta sokongan ringan.
Domain .com tertakluk kepada ketersediaan nama. Fi transaksi gerbang bayaran dan caj perkhidmatan pihak ketiga lain adalah berasingan. Pakej e-dagang tidak termasuk kod sumber enjin backend proprietari Kube Digital; kedai yang dilancarkan menggunakan integrasi enjin yang disediakan. Lihat Terma Perkhidmatan.
BANDINGKAN PILIHAN
Perbandingan untuk menjual produk dalam talian. Angka pihak lain ialah anggaran umum dan berbeza mengikut penyedia serta pelan.
| Perkara | Kube DigitalLaman Web + e-Dagang | Marketplacekedai dalam platform | Platform langgananbina kedai sendiri | Freelancer / agensibina khas |
|---|---|---|---|---|
| Kos tahun pertama | RM799.00 sekali | Percuma untuk buka | Yuran bulanan, sering RM1,000+ setahun | Biasanya RM1,500–RM5,000+ |
| Kos tahun kedua | RM399 setahun | Percuma untuk kekal | Yuran bulanan berterusan | Berbeza-beza |
| Komisen atas jualan | Tiada | Komisen dan fi setiap jualan | Mungkin ada fi transaksi | Tiada |
| Jenama & domain .com sendiri | Ya, domain tahun pertama termasuk | Tidak — di bawah nama platform | Ya, domain dibeli berasingan | Ya |
| Data pelanggan | Milik anda | Terhad | Milik anda | Milik anda |
| Siapa yang membina | Kami, siap dalam 7 hari | Anda sendiri | Anda sendiri | Mereka, tempoh berbeza-beza |
| Sokongan | WhatsApp & e-mel, Bahasa Malaysia | Pusat bantuan | Pusat bantuan, kebanyakannya Bahasa Inggeris | Berbeza-beza |
KALKULATOR KOMISEN
Masukkan anggaran jualan bulanan dan kadar komisen serta fi yang anda bayar sekarang. Semak kadar sebenar dalam penyata penjual anda.
PENYESUAIAN ENTERPRISE
Kami teliti aliran kerja, integrasi dan keperluan pelanggan anda sebelum mencadangkan penyelesaian yang paling sesuai.
SOALAN LAZIM
Kami akan hubungi anda untuk sesi memahami perniagaan, sasaran dan keperluan projek sebelum memulakan pelan kerja 7 hari.
Laman Web Perniagaan memperkenalkan perniagaan anda: maklumat, servis atau produk, galeri, butang WhatsApp dan borang pertanyaan. Laman Web + e-Dagang menambah katalog, troli, bayaran dalam talian dan panel pesanan supaya pelanggan boleh membeli terus di laman anda.
Boleh. Hubungi kami bila anda bersedia dan kami akan berikan sebut harga naik taraf berdasarkan perbezaan pakej.
Hanya untuk pakej e-dagang, dan anda tidak perlu buat seorang diri. Kami akan bimbing anda mendaftar dan membuat persediaan. Kelulusan akaun tertakluk kepada penyedia perkhidmatan bayaran.
Kami tunjukkan demo laman anda pada hari 3–4. Jika anda tidak berpuas hati dengan demo itu, beritahu kami secara bertulis sebelum laman dilancarkan dan kami pulangkan bayaran anda sepenuhnya.
Ya. Domain .com untuk tahun pertama termasuk dalam pakej. Anda boleh cadangkan nama profesional pilihan anda; pendaftaran bergantung pada ketersediaan nama tersebut.
Bantuan sokongan laman web disertakan selama 1 bulan selepas kedai dilancarkan, melalui WhatsApp dan e-mel pada waktu pejabat (Isnin–Jumaat) dengan balasan dalam 1 hari bekerja.
Mulai tahun kedua, yuran penyelenggaraan ialah RM199 setahun untuk Laman Web Perniagaan dan RM399 setahun untuk Laman Web + e-Dagang. Ia merangkumi pembaharuan domain .com, hosting, kemas kini keselamatan dan, untuk e-dagang, operasi enjin kedai serta sokongan ringan. Kami maklumkan 30 hari sebelum tarikh pembaharuan. Tiada komisen dikenakan atas jualan anda.
Logo atau rujukan jenama, maklumat dan gambar produk atau servis, cadangan nama domain, butiran perniagaan serta akses akaun untuk pembayaran dan pelancaran. Kami sahkan senarai lengkap semasa sesi awal.
Ya. Hari ketujuh merangkumi latihan untuk tugas harian serta serahan akhir laman anda.
Hari pertama dijadualkan selepas sesi awal selesai dan maklumat serta akses yang diperlukan tersedia. Tempoh kelulusan akaun bayaran bergantung pada penyedia perkhidmatan.
SEDIA UNTUK BERMULA
Beri pelanggan tempat untuk mengenali, menghubungi dan membeli daripada anda.